Tuesday, September 29, 2009

Latihan Guru Bestari September/Oktober 2009


Assalamualaikum buat semua peserta,

Saya suka ambil kesempatan di sini untuk memperingatkan kita semua tentang matlamat kita hadir ke sini agar segala kerja buat kita sentiasa menjurus kepada matlamat asal kursus ini:

1. Tuan/puan akan dilatih untuk mengetahui dan memahami salah satu kaedah mengajar dengan pendekatan projek.
2. Tuan/puan juga akan dilatihan dengan kemahiran mengendalikan PNP dengan kaedah ini sepnjang berkursus di sini. Mudah-mudahan tuan puan akan menggunakan pedekatan ini sepanjang menjalankan tugas di sekolah.
3. Tuan/puan diingatkan untuk menyediakan satu perancangan unit dan beberapa rancangan pengajaran harian sebelum kursus ini tamat untuk dilaksanakan dalam tempoh khidmat bimbingan iaitu empat minggu selepas kursus berpusat tamat.

Sama-amalah kita meningkatkan keupayaan mendidik dan menggunakan pendekatan yang berbagai dalam pnp kita.

Sekian, wassalam.
BTPN, Ipoh 29092009

Monday, November 10, 2008

Lawatan Penyeliaan Pengalaman Di Lapangan

Ingatan kepada guru-guru yang mengikuti kursus Latihan Guru Bestari 8 minggu supaya menyediakan dokumen-dokumen berikut semasa lawatan pensyarah pembimbing:
1. Perancangan Unit ( Sebaiknya dibinding kemas ).
2. Borang E1 dan E2 yang telah dilengkapkan butirannya.

Monday, May 19, 2008

Guru Cemerlang

PBL adalah satu wadah yang sangat baik kepada calon-calon Guru Cemerlang. PBL boleh memperkaya dan memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan dan cabaran masa kini untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Bahan P&P tersebut mesti didokumentasi dengan baik sebagai sumber rujukan dan sokongan untuk memohon Guru Cemerlang.

Wednesday, May 14, 2008

Konsep Pengajaran Berasaskan Projek ( PBL )

PBL bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran bestari (smart teaching and learning) yang melibatkan elemen pembelajaran berpusatkan pelajar, integrasi teknologi, kemahiran pemikiran aras tinggi melalui pendekatan berasaskan projek.

Secara ringkasnya ia boleh ditulis begini:
pbl=f(st+sl+scl+ti+hots+pba).

Di mana
st=smart teaching,
sl=smart learning,
scl=student centered learning,
ti=technology integration,
hots=higher order thinking skills,
pba=project based approach.

Wednesday, April 16, 2008

SELAMAT DATANG

Selamat Datang kepada semua pelawat laman blog ini.
Laman blog ini dikhaskan untuk perkongsian mengenai isu bestari.
Semoga tiada unsur salahguna laman ini.
Terima kasih.