Tuesday, September 29, 2009

Latihan Guru Bestari September/Oktober 2009


Assalamualaikum buat semua peserta,

Saya suka ambil kesempatan di sini untuk memperingatkan kita semua tentang matlamat kita hadir ke sini agar segala kerja buat kita sentiasa menjurus kepada matlamat asal kursus ini:

1. Tuan/puan akan dilatih untuk mengetahui dan memahami salah satu kaedah mengajar dengan pendekatan projek.
2. Tuan/puan juga akan dilatihan dengan kemahiran mengendalikan PNP dengan kaedah ini sepnjang berkursus di sini. Mudah-mudahan tuan puan akan menggunakan pedekatan ini sepanjang menjalankan tugas di sekolah.
3. Tuan/puan diingatkan untuk menyediakan satu perancangan unit dan beberapa rancangan pengajaran harian sebelum kursus ini tamat untuk dilaksanakan dalam tempoh khidmat bimbingan iaitu empat minggu selepas kursus berpusat tamat.

Sama-amalah kita meningkatkan keupayaan mendidik dan menggunakan pendekatan yang berbagai dalam pnp kita.

Sekian, wassalam.
BTPN, Ipoh 29092009